KAU KEKASIH TERAGUNG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA


Holla!! Amacam hari ini sihat dok??
Alhamdulillah,,moga2 korang semua sihat keyh...
Okayh,,entri wish Maulidur Rasul yang lepas aku ade ckap nk tulis entri pasal kekasih hati kita semua kan...
Ahah,,hari nieh baru ada kesempatan nk tulis pasal entri nieh...

Sebagai umat nabi Muhammad,,kita sepatutnya bersyukur sebab kita sangat2 beruntung kan...
Umat nabi Muhammad for sure akan masuk syurga,,itu larh kelebihannya kita menjadi umat baginda Rasulullah....

So,,kita jangan larh terlampau sombong ataupun angkuh dengan baginda....Rajinkan larh berselawat keatas baginda dan para sahabat,,jangan asyik nak kejar harta duniawi semata-mata sehinggakan kita lupa nk mengingati baginda....

Aku tahu,,mesti di antara korang memang dah sah-sah tahu pasal kelahiran baginda Rasulullah kan,,yelarh kebanyakkan daripada kita telah didedahkan tentang kehidupan Rasulullah since kita masih di sekolah rendah dan tadika lagi...

TAPI!!! aku tetap nk post jugak entri pasal kelahiran dan kewafatan baginda...
Sekadar ingin mengingatkan kembali mana part yang dah lupa....
Dan untuk pengetahuan korang,,aku just copy maklumat nieh dari buku,,sekadar perkongsiaan....

lets start!!!

Bismillahhirrahmanirrahim

Rasulullah SAW dilahirkan di tengah keluarga Bani Hasyim di Makkah pada hari isnin,,9 Rabi'ul Awwal,,permulaan tahu dari peristiwa gajah dan emapt puluh tahun setelah kekuasaan Kisra Anusyirwan,,atau bertepatan dengan tanggal 20 atau 22 April tahun 571 M (berdasarkan penelitian ulama terkenal Muhammad Sulaiman Al-Manshurfury dan penelitian astronomi Mahmud Basya)...

Diriwatkan bahawa ada beberapa bukti tentang kerasulan bertepatan dengan saat kelahiran baginda,,iaitu runtuhnya sepuluh balkon istana Kisra dan padamnya api yang biasa disembah oleh orang-orang Majusi serta runtuhnya beberapa gereja di sekitar Buhairah...

Setelah Aminah melahirkan baginda,,dia mengirim utusan ke tempat datuknya,,Abdul Muthalib untuk menyampaikan khabar gembira tentang kelahiran cucunya...Setelah mendapat berita gembira tentang kelahiran cucunya,,Abdul Muthalib datang dengan perasaan suka cita lalu membawa beliau ke dalam Ka'bah,,seraya berdoa kepada Allah...Beliau memilih nama Muhammad bagi baginda Rasulullah SAW...Nama ini belum pernah dikenal di kalangan Arab....


Detik-detik terakhir baginda Rasulullah SAW...

Tibalah detik-detik terakhir dari hidup baginda....Aisyah menarik tubuh baginda ke pangkuannya...Abdurrahman bin Abu Bakar masuk sambil memegang siwak,,lalu Aiyah mengambil siwak dan menggosoknya ke mulut baginda....

Seusai bersiwak baginda menganggkat tangan dan mengarahkan pandangannya ke arah langit-langit rumah dan kedua-dua bibir baginda bergerak-gerak,,Aisyah masih sempat mendengar sabda baginda pada saat itu,, " Bersama orang-orang yang engkau beri nikmat atas mereka dari para nabi,,shiddiqin,,syuhada,,dan salihin...Ya Allah,,ampunilah dosaku dan rahmatilah aku...Pertemukanlah aku dengan kekasih Yang Maha Tinggi ya Allah,,Kekasih Yang Maha Tinggi...

Kalimat terakhir ini diulang sampai tiga kali yang disusul dengan lengan beliau yang melemah...Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un...Baginda telah pulang kepada Kekasih Yang Maha Tinggi...

Baginda wafat pada waktu Dhuha,,hari Isnin tanggal 152 Rabi'ul Awwal 11 H,,ketika usia 63 tahun 4 hari,,di rumah isterinya Aisyah....


SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW
SEMOGA KITA DAPAT BERTEMU WAHAI RASULULLAH SAW







# tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Mustaqim (anak kepada kawan parents dira)
   yang telah menghadap ilahi pada malam semalam...semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh...amin






0 comments:

Post a Comment